Saturday, May 14, 2011

Kejohanan Antara Teknik ♥

Assalamualaikum pembuka bicara (:


Team sofball 2011
SEPTECHS

Perjalanan kami bermula di SMT Sepang atau lebih dikenali sebagai SEPTECHS. Kami sering mengadakan friendly demi friendly dengan team team lain. Kadang kadang kami menang, kadang kadang kami kalah. Tapi kami tidak pernah mengalah. Kami menerus kan lagi latihan demi latihan untuk mengukuhkan lagi kekuatan kami. Latihan yang kami lalui sangat memenatkan dengan panas yang kalau goreng ikan di bawah panahan matahari tuh mungkin garing ye ikan tuh. Bercampur lagi dengan kemarahan couch kami yang sentiasa bengang dengan ke'blur'ran kami. Kami tak berputus asa sehingga tiba hari yang kami nanti nanti kan. KEJOHANAN ANTARA TEKNIK ! Kami pergi sekadar membuat syarat penghantaran team sofball. Kami tidak mengharapkan apa apa sebab kami sangat blur. Couch kami juga tidak mengharapkan apa apa dari kami. Bak kata couch kami 'main laa ikut cara kamu ye' . Sebelum kami memulakan perjalanan kami ke SMT Gombak *tempat kami menginap* , kami di bekalkan dengan dua helai surat dari laki laki kami *budak budak sofball lelaki* . Agak excited jugak nak tahu apa isi nya. Dan kami juga telah diberikan seorang sehelai baju percuma dari pihak sekolah. Woooo ! Ini telah membakar semangat kami. Kami memulakan perjalanan kami dengan semangat yang berkobar kobar. Setelah sampai, kami bersiap siap dan mengemaskan diri. Pada malam hari, saya sebagai CAPTAIN pasukan *nak jugak tuh :)* membacakan surat surat yang kami dapat *isi surat terpaksa di sembunyikan atas dasar dasar keselamatan HARAPMAKLUM* Laki laki kami memberikan harapan yang tinggi kepada kami. Yeee ! Kami sangat bersemangat untuk bertanding dalam pertandingan ini.

Pada keesokan harinya adalah hari peperangan kami, peperangan kami bermula dengan SMT Shah Alam. Disini saya senarai kan peperangan yang kami lalui dalam kumpulan peperangan kami iaitu kumpulan B :

SMT Shah Alam VS SMT Sepang
7-14

SMT Kuala Selangor VS SMT Sepang
9-15

SMT Klang VS SMT Sepang
4-17

SMT Setapak VS SMT Sepang
6-17

Akhirnya kami telah dinobatkan sebagai JOHAN KUMPULAN B. Percapaian yang memang kami tidak sangka. Couch kami sangat terkejut dengan percapaian kami. Pada hari yang berikutnya , kami telah masuk ke semi-final. Aim kami adalah nak temu dengan SMV Kajang di final. Kami memulakan peperangan kami dengan tenang dan tekun. Peperangan kami sangat sengit dengan perangai pelajar pelajar sekolah sana yang ntah apa apa tuh. Hey ! Kami tak makan saiko la. Akhirnya kami menang dalam peperangan itu dengan 8-7 * kami kalahkan tuan rumahhh *. Saat itu adalah saat yang paling gembira kepada kami. Pada masa itu laa buat pertama kalinya couch kami menangis dengan kejayaan kami. Aim kami telah tercapai. Saat final telah bermula. Kami dipertemukan lagi dengan SMV Kajang. Kami dengan SMV Kajang sangat rapat. Saling kenal antara satu sama lain. Yee. Kami sering kalah dengan mereka. Tapi kami cuba lagi. Nasib tidak menyebelahi kami, akhirnya kami tewas dengan 9-14. Sikit je lagi kan ? Its oke. Kami dah cuba, tapi itu yang kami dapat. Takpe takpe. Jadi ! Team Sofball SMT Sepang telah dinobat kan sebagai NAIB JOHANNNNNN ! *bangge gilo niehh*

BUKTI KEJAYAAN !


Berita yang paling membanggakan buat kami, SMT SEPANG telah dinobatkan sebagai JOHAN KESELURUHAN berkongsi dengan SMT KL. Pengetua senyum lebar oke. Ini senarai kemenangan kami :)

Team ragbi
JOHAN

Team sofball
NAIB JOHAN

Team football
NAIB JOHAN

Team debat
NAIB JOHAN

Team bola jaring
TEMPAT KEEMPAT

Team reka cipta
TEMPAT KEEMPAT

Kami telah membukti kan bahawa kami boleh. SPM ? InshaAllah :)


Sape kite GUYS !
SSSSS MMMM TTTTT SSSSS SEPANGGGGG !

Note: Usaha yang kami lakukan dah dapat hasilnya :)
with smile :)

No comments:

Post a Comment

\

ShoutMix chat widget