
Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika guru tersebut sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG.
PELAJAR : Cikguu ~ macam mana kite nak pilih seseorang yang terbaik sebagai oarang yang paling kite sayang ? Macam mana jugak kasih sayang tu nak berkekalan ?
CIKGU : Ohh. Okee. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING CANTIK , bawa ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tidak ada sehelai rumput pun ditangannya. Cikgu bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih ?
PELAJAR : tadi masa saya berjalan, saya carik laa rumput yang PALING CANTIK. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Jadi saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai dipenghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik. Tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh belakang semula, jadi tiada laa rumput yang saya boleh petik.
CIKGU : Yaa ! Itu laa jawapanya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, jangan laa kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut menghargai orang yang didepan kita sebaik baiknya. Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Dan ingat la orang yang paling kita sayang itu la yang paling cantik dan paling baik. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
Note :Hargai laa orang yang kita sayang dan orang yang sayang kita :)
with smile :)













No comments:
Post a Comment